Bibik Ati naik ke tingkat 2 untuk ke bilik Riz."Riz, buka pintunya Riz ini Bik Ati ." Tiada sahutan dari Riz.
"Riz, kamu tidur ya? Bangun dong. nggak elok tidur waktu maghrib. Kamu dah solat belum?" tiada sahutan lagi. Bik Ati memulas tombol pintu bilik itu. Sahlah Riz tidak mengunci biliknya.Bik Ati memasuki bik Riz kelihatannya Riz seperti penat sekali tetapi Bik Ati terpaksa mengejut Riz untuk solat. "Riz, bangun nak, sudah masuk waktu solat.Riz, bangun nak..Bik Ati menggoyangkan badan Riz. Riz mengelit dan duduk di sebelah Bik Ati."Bik, dah pukul berapa sekarang?"
"Sudah pukul 7.00 malam sudah waktu maghrib. Lekas mandi kemudia kita solat jemaah ya."
"Baiklah "Riz mengangguk.
Seusai menunaikan solat maghrib berjemaah,Riz melipat sejadah dan menyalami tangan Bik Ati. Bik Ati mengusap rambut Riz dengan lembut. Mereka berpandangan antara satu sama lain."Riz, sejak Bibik jadi pembantu di sini, Bibik nggak pernah nampak kamu ngaji.Bibik rasa rumah ini sunyi banget. Itupun kalau Bibik nnggak suruh solat kamu leka. Bibik minta maaf sekiranya ucapan bibik ini menyakiti hati kamu."
Riz tunduk. "Tidak Bik, betullah semua ini salah Riz.Riz abaikan tanggungjawab Riz sebagai seorang muslim. Riz memang tak pandai ngaji. Mama dan papa tak pernah ajar Riz mengaji atau hantar ke kelas mengaji.Riz salah Bik."
"Sudah,sudah jangan nangis lagi. Kesat air mata kamu.Bibik udah nyiapin makan malam. Yuk makan."
_________________________________________________________________________________
"Hello, assalamualaikum. Ni Mya ke? Mya! nu mak su ni"
"Wa'alaikumsalam. Mya tau je ini mak su. Kenapa sudah lama tidak menelefon? Kesian nenek tertunggu-tunggu.Mak su jahat!"
"Hei! apa cakap mak su jahat tu. Hello, Sofea, mak ni.Sofea apa khabar? Lama dah Sofea tak balik.Kesian Mya terperap saja dekat rumah ni."
"Insya-allah minggu depan kalau tak ada apa-apa Sofea balik ye mak.Mak macam mana? sihat?"
"Alhamdulillah, mak sihat. Sofea dengan Filza macam mana?"
"Sihat mak.Mak, nanti kalau ada apa-apa mak telefon Sofea je ea?Bye, assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"
"nenek, bila mak su nak balik? Dia tak kesian dekat Mya ke?" Mya duduk di sofa sambil menonton tv. Pn.Khadijah memujuk Mya."Sayang, mak su banyak kerja lah. Jangan merajuk nanti muka tak cantik nanti."
Mya memandang neneknya dengan senyuman."Macam inilah cucu nenek.."
"Nenek, Mya laparlah nenek ada masak tak?"
"Masak? mestilah ada, jom kita makan."
__________________________________________________________________________________
"Sofea, aku tengok kau ni macam ada masalah je.Assignment tak siap-siap.Kau ada masalah kan?"
"Entahlah Filza, aku pun tak tahu. Kau tengok aku ni macam ada masalah ke?"Sofea memandang Filza yang sedang menjamah nasi bungkus yang di belinya di kedai makan sebelah apartmennya itu. Filza yang sedang makan itu memandang Sofea."Yang engkau tanya aku kenapa? Adoyai,,, Cik Dijah, mengapa dengan anakmu ini? Sofea, cuba kau ceritakan sebenarnya ada apa?"
"Ha! Aku geram betul dengan si Riz tu.Dia tu tak faham bahasa ke? Atau aku perlu cakap bahasa cina dengan dia?"
Filza tergelak."What's matter friend?Dia kacau kau lagi ke?"
"Iyalah, tadi Asyraf nak jumpa aku time rehat so, of course la aku mesti jumpa dia kan? Bila aku keluar dari bilik kuliah, Riz tarik tangan aku.Ya Allah, kau tau tak betapa malunya aku lepas tu Asyraf keluar nampak aku dengan Riz dalam keadaan macam tu.Aku malu la wei.Lepas tu Asyraf pergi mavam tu je. Dia kata lain kali kita cakap."
"Kau ni lawak la Sofea. Aku rasa Asyraf dengan Riz tu suka kau la."
"Jangan buat lawak boleh tak? Siapalah yang nak dekat aku ni?.Sudahlah, jangan buat lawak penat aku layan kau.Yang penting sekarang aku dah luahkan segala-galanya yang terjadi hari ini dekat kau, sambunglah makan tu balik."
__________________________________________________________________________________
" Kau dah luahkan belum?" Tanya Luqman.
"Belum." jawapan paling senang.
"Apa kau ni? Semalam kata nak bagi tahu hari ni.Last-last tak bagi tahu langsung. What's matter bro?"
"Frust! kau tahu tak Man? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku sekarang ini."
"Kenapa dengan kau ni Asy? Cuba bawa bertenang dulu cerita dekat aku segalanya ok?" Luqman mengambil tempat di sebelah Asyraf. "Riz, aku nampak Riz pegang tangan dia and diorang macam bincang sesuatu yang penting .Aku blah la, tapi Sofea sempat minta maaf dengan aku sebab dia kata dia telah mencemarkan pandangan aku dengan perbuatan dia."
"Hah, kau ni lawak la macam itu pun jelous ke? Rilex la bro." Ayraf memandang Luqman dengan tajam.
"Apa kau kata ?rilex? Hei kawan, setahu aku Sofea tak pernah kena sentuh pegang dan segala barang lah. Dia baik, aku rasa Riz yang paksa dia."
"Kalau Riz paksa dia, mesti kau pun boleh paksa dia kan?"
"Luqman! kau hilang akal ke? Aku nak dia bagi jawapan tulus dari hati dia dan bukan cara paksaan. malas aku layan kau. Aku penat." Asyraf terus memasuki biliknya meninggalkan Luqman sendirian.
"Ya Allah, ampunkanlah kawan ku Ya Allah." Luqman berdoa sendirian.
Best regards,