Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Followers

Monday, 18 November 2013

PRINCE CHARMING (soalnya JODOH)

Assalamualaikum,

  For the first time sentuh blog sat untuk taon ni.. HOHOHO..
Bile makin besar, hidup kite makin banyak dugaan.Bile kat asrama org start panggil kte akak.. tpi janganlah menombong sangat berlagakkan diri..

   ok, stop. Actually Aiman nak kongsi cerita tentang 

ape yang korang paham tentang gambar ni? cer teke2.. 
gambar ni berkisar tentang JODOH.. Aiman ni bukan doktor cinta tapi suka mengkaji tentang cinta. Kebanyakan buku kat rumah pasal cinta remaja. novel tu ade gak tapi bkn novel yg cintan cintun jiwang bagai..(wa x minat mehh). So, ape yg Aiman tau..

 haaaaaa.... tulah dye, kalau jodoh x kemane punyelah wa cakap sama lu.. Umi selalu cakap camni " Aiman doalah banyak2 dapat jodoh yang baik". Sebenarnye kite dah kene start doa dri sekarang.. bukannye susah pon nak berdoa tadah tangan mohonlah kat ALLAH. simple right? ALLAH bagi kite jalan yang mudah supaye berdoa kepadaNya.. bukan dgn cre sibuk mencari tulung rusuk...

Kalau kite suke orang tu doalah supaye dia menjadi jodoh kita..
ALLAH ade berfirman "berdoalah kepadaKu nescaya akan aq perkenankan". kalau misalnya kita dah doa tpi x dapat tu maksudnya ALLAH sdg uji kita...

Berbalik semula pasal JODOH tadi. ade satu cerita ceq nak habaq mai..


NI UMI YG CERITA: Pade zaman dahulu(xtaula dulu ke sekarang) ade seorang lelaki yang cacat,hodoh(x ensem) belajar kat sebuah PESANTREN. Dia seorang remaja yang baik tapi x de orang suka kat die disebabkan faktor2 tadi tu..
Nak dijadikan cerita budak ini lama kelamaan membesar menjadi seorang remaja. Fitrah remaja/manusia, ingin akan satu benda yang dipanggil CINTA.Lalu dia pun menyatakan hasrat kepada ibunya yang dia teringin sangat nak berkasih macam tulah lebih kurang.tapi ibu dye selalu cakap" ibu selalu mendoakan agar anak ibu mendapat jododh yang baik,cantik dan sebagainye". Kebetulan kat sekolah tu ade seorang gadis yang sangat cantik..
Ramai giler laki suke kat die.. Lalu dia pun melakukan solat istikharah.. dan dalam mimpinya dia ternampak wajah lelaki cacat tu..  sebanyak dua kali dia buat dia tetap nampak wajah yang sme.. Lantas di jumpa lah sama ustaz dan bertanya hal itu.. ustaz tu cakap 'cbe kamu buat sekali lagi". And then, dia pon buatlah untuk kali yang ketiga dan still nampak muka yang sama. Ustaz berkate" terimalah dia seadanya kerana dialah jodoh yang ALLAH dah tetapkan untuk kamu". Lihatlah betapa besrnye doa ibu.. Bukan doa ibu je, kalau kite rajin berdoa insyaALLAH kita dapat ape yg kite nak.. JADI,diorang pon hidup bahagia selama-lamanya...

WALLAHUA'LAM..






Best regards,

Monday, 8 April 2013

KENAPA PERLUNYA BERSABAR?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,

 Terasa nak post something pulak walaupun dah larut malam, fuhhh~
setelah dapat menghilangkan kebosanan pagi tadi dengan membaca buku TUAN GURU NIK AZIZ 
haha skema tak ayat.. ^_^

Dalam konteks hari ini Aiman nak tanye pasal kesabaran...
Kenapa agama islam ini di penuhi dengan syarat-syarat yang agak berat?(bagi org kafir la~)
dan kenapa ALLAH meletakkan kesabaran itu dalam islam? sedangkan kita boleh je belasah orang yang dah pukul kita.. Tapi ingatlah bahawa ALLAH memagari syurga itu dekat perkara-perkara yang sememangnya perlu bermujahadah untuk melaluinya. Dan ape plak kaitannya dengan sabar?
"kan SABAR tu separuh daripada iman"~ ya! itulah dia.. ALLAH ade berfirman dalam SURAH ALI IMRAN yang mana mafhumnya : "wahai orang2 yang beriman bersabarlah kamu dan KUATKANLAH kesabaranmu....."

Jikalaulah islam ini sebuah agama yang mana " kau nak buat itu? buatlah!"
baru tanam biji jagung semalam tetapi sudah mahukan hasilnya hari ni...
bukankah islam menyuruh kita bersabar?
kalau agama islam semudah tu kenapa ALLAH suruh kita berjihad?
kenapa ALLAH suruh kita melawan hawa nafsu?
JAWAPANNYA ada pada diri kita, apa yang kita buat setiap itu memerlukan kesabaran termasuklah sewaktu melayari internet walaupun broadband lambat ke apa ke.... bersabarlah.....
 MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA pon harus bersabar..belilah pakaian yang cukup kainnya walaupun mahal itu tidak mengapa~ BUKANKAH SYURGA ITU MAHAL?






Nak dapatkan sesuatu haruslah berkorban~ nak dapatkan syurga apatah lagi..
BERMUJAHADAH ITU PAHIT KERNA SYURGA ITU MANIS..

PSSTTT: NAK BISIK SIKIT NI...^_^
saya memerlukan kekuatan untuk berjihad sebagai muslimah bantulah saya menggapai redha YANG ESA...
MARILAH BERSAMA-SAMA mengejar saham akhirat...
wallahua'lam~~~~~






















Best regards,

Friday, 8 March 2013

Kehilanganmu membuatku tabah dalam hidup











ASSALAMUALAIKUM semua....
for the first time, hahah start blogging untuk luahkan perasaan semate2.. NONSENSE RIGHT..
Dah lame menyepi aku start balek blogging ni pun sebab aku nak cter pasal SAHABAT.. ni true story dari aku sebab aku selalu rindukan dia sampai aku nangis. Kehilangan dia dalam hidup aku macam aku ni kehilangan separuh dari hidup aku..
ALKISAH...
beberapa minggu start sekolah, dia kate maybe x pindah kot sbb ayah dia nak kekalkan  dia dalam bidang agama kalau pindah pon kat SAMBEST sebab abang2 dia semue kat situ so aku x kesah sangat la sebab aku pon mohon seklh tu. Waktu seminggu tu asemue pelajar yang dapat 9a kene pgi stu sekolah ni nak ambil hadiah dri kerajaan. So, kitorang pon pakat2 pi la kat sana, balek rumah tu aku ingat aku nak text dia tnye pasal ADDMATH tapi hati aku cakap takpelah nanti kat asrama boleh jumpe lagitanye dia puas2. Time tu rindu aku kat dia belom terlerai lagi.

Balik je asrama hari ahad tu aku pon solat asar sbb blom solat lagi, aku ingat lepas solat aku nak tnye kawan aku sorang lagi npe dia x datang2 sebab rumah depa dekat. Sekali tu aku dengar Anis cakap Nasuha demam. Aku just bersngke baik jelah baru nak tanye soklan ADDMATH demam pulak dah~ time tu satu dorm ok jer.. aku lepak kat katil Mai waktu Mai angkat bantal dia sebab nak kemas tilam dia trjumpa satu warkah cinta seorang rakan..kitorang sume rase pelik apebende tu? rupa2nya surat dari Nasuha....
dia pindah waktu kitorang xde, lepastu Anis minta maaf dia x tau nak ckp ape padahal dia tau Nasuha pindah. Kitorang x puas hati Anis cakap cubelah tengok locker dia. KOSONG weyh KOSONG saat tulah hati aku jugak rase kosong..
KOSONG ble die dah x de....selame ni aku ngan Nasuha same kelas same dorm... tapi kali ni dia btul2 pergi dari aku(bkn pergi selamenye).Maka pade saat itu berderailah air mate aku... seorang kawan yang sentiasa bersame ngan aku xkire kat mne pergi tinggalkan aku..
Selame ni kalau aku buat jahat kat die mcm ambik kunci locker die, die x marah cme mogok je..Lepas aku bagi dia hadiah tande mintak maaf dia okkey je.
Ape yang boleh aku takrifkan tentang NASUHA ialah, 
1.pelajar yang baik dan selalu bersikap humble.
2. kepandaian dia x pernah menjadikan diri dia seorang yang bongkak
3. dia sanggup share ilmu dia dengan sesape je sbb tu dia pandai
4. perangai dia sepesen cam bebudak kat tadika..haha joking je..
5.even dia MARAH pon dia x pernah tinggikan suare kat aku.
6. kalau aku ajak gi memane selalu la dye ikut.
7. otak dye sepesen ngan aku
8. aku x kan pernah rse yang aku boleh jmpe dgn orang macm tu lagi.

Lepas Nasuha pergi no one know what actually happen in my solo heart except Allah....x de sape lepas tu yang boleh faham aku macam mne...
NASUHA, aku nak kau tau aku menangis waktu tulis warkah ni... Aku nak mintak maaf dari dalam hati aku, aku betul2 minta maaf. Aku tak nak kenangan yang kita bina selama ni hancur macam tu je... Saat kau pergi hati aku ni hancur macam kace berderai bersepah2 tapi x spe pon nak tolong kutip dan cantumkan semula. even kalau aku text engkau pon aku aku akan nanges. Nasuha, aku ingat lagi waktu merentas desa kau cakap kalau aku penat aku kene pegang tangan kau supaya kite dapat lari same2 bru aku tau kenape Allah bagi aku lari ngan kau sebab itulah kali pertama dan terakhir aku merentas desa ngan kau...
Nasuha, aku dah hilang satu kekuatan dalam hidup aku iaitu engkau...

Lepas kau pergi aku cbe hidup sendiri pergi tandas sendiri kalau ade kau aku selalu ajak kau, Nasuha aku minx maaf sebab selalu nyusahkan kau. Hati aku btul2 berderai, sekarang kau nak tau ape yang berlaku?
aku dah x tempat nak luahkan perasaan mcm aku biase buat kat kau.... satu bende yang aku nak buat kalau aku jmpe kau ialah PELUK KAU! 
KALAU orang boleh tanye kenape kau x sedih kte kalah choral? sebab bgi aku setiap pertandingan mesti ade kalah dan menang..
tapi kalau hati aku tanye diri aku sndiri kenape kau x dapat lupekan die? SEBAB dialah kawan yang membuat aku kenal erti PERSAHABATAN..
AKU NAK JUMPA KAU AKU NAK PELUK KAU KUAT2 DAN AKU NAK CAKAP KAT KAU IMISSUALOT!!!!.

Ku biar kalam berbicara,
menghurai maksudnya di jiwa, 
agar mudah ku mengerti apa yang terjadi,
sudah suratan illahi........

WASSALAM...




Best regards,

Monday, 6 February 2012

DI BALIK TIRAI CINTA (part 4)

     Sofea terjaga pada pukul 3.00 pagi. Filza yang tidur lena disebelahnya sedang nyenyak di buai mimpi.
Dia mengusap mukanya,mimpi yang dilaluinya agak pelik kebelakangan ini. Mahu di cerita kepada Filza takut kawannya itu tidak faham hanya dipendam sahaja dalam hatinya. Sofea bingkas bangun daripada katil lalu menuju ke bilik air. Dia mengambil wudhu' dan segera menunaikan solat tahajjud. Seusai menunaikan solat tahajjud Sofea mengambil senaskhah surah Yasin lalu membacanya.."sadaqallahul'azim",
      "Selamat pagi sayang, macam mana tidur malam tadi? nyenyak?" tanya Puan Lisa kepada anak bujangnya itu. Riz mengangkat muka "mama balik pukul berapa semalam? mama clubbing lagi ke?"
"Ahh...ermmm...mama ada meeting dengan kawan malam tadi..sebab tu mama balik lambat." Puan Lisa memberi alasan. Riz menggelengkan kepala sambil meneguk segelas jus oren."heh..pukul 1.00 pagi masih ade meeting?malam tadi Riz nampak mama mabuk."
"Riz, came on la~ macam tak biasa je..u always see me like that right?"
"Luar biasa...dan tak biasa..Riz dah lambat. Pergi dulu." Puan Lisa menghulurkan tangan kepada Riz tetapi tidak di endahkan malahan Riz menyalami tangan Bik Ati. "Whatever! Bibik! kemas makanan ni! kalau tak ada siapa yang nak makan buang je..menyampah saya tengok makanan ni!"
"Astaghfirullah hal'azim, di hinanya makanan ini."
      Kelas kejuruteraan akan bermula sebentar lagi.Sofea menyegerakan langkahnya."bukk!" sekali bertembung dengan Riz la~ Dia hanya menjeling tetapi Riz sempat meminta maaf. Di dalam kelas Filza menanti kehadiran Sofea di sisinya sambil bermain dengan sebatang pen."Assalamualaikum" serentak Sofea dan Riz memberi salam. Mata Filza tak lari dari melihat Sofea dan Riz yang bagaikan "Pinang dibelah tengah"
luqman pula menyinggul bahu Asyraf. Dia terpana.Sofea segera mengambil tempat di sebelah Filza. Kain baju kurung yang dipakainya menyukarkannya untuk berjalan laju dan hampir dia tersungkur dan berjaya diselamatkan oleh Riz. Mata mereka bertentangan sofea segera mengalihkan pandangan matanya dan menarik tangannya.Sepanjang kelas berlansung, Sofea perasan bahawa ade sepasang mata yang memerhatikannya.

__________________________________________________________________________________
    "Sofea! aku raselah kan,aku nak pergi tandas la~Kau pergi la dulu.Tunggu aku dekat pondok ye. ok bye.."
karenah Filza sudah mebjadi kebiasaan buat Sofea.Sofea mengambil posisi yang sesuai untuk melabuhkan punggungnya. Dia bersantai sambil membaca buku."Assalamualaikum," satu suara menyapa dirinya. Sofea memalingkan muka dan menjawab salam tersebut."Riz? awak nak apa lagi?"
"Awak tak nak jemput saya duduk ke? cik Sofea?"
"Duduklah, tapi jauh sikit" ajak Sofea acuh tak acuh.
"Saya sebenarnye, nak mintak maaf...
"Saya da maafkan dan saya nak ucap terima kasih sebab tadi Riz dah tahan saya dari jatuh." Riz hanya tersenyum melihat wajah Sofea yang manis. "Awak kalau bercakap dengan orang memang tak pandang wajah orang tu ea?"Riz memerli. Sofea menggelengkan kepalanya."Habis tu? Saya bukan buku saya orang yang berada di sebelah awak dan sedang bercakap dengan aw.....wak"
"Saya tau, saya tau , dan say...ye tau.Riz awak nak apa?"
"nak kawin dengan awak.... eh2 silap nak kawan denagan cik Sofea yang manis tapi garang."
Sofea membulatkan matanya."kenape? saya ni istimewa sangat ke untuk awak yang ade barnded ni?"
"Ape mksud "ade branded"?
"maksudnye, awak anak orang kaya, mak bapak gaji mewah, kereta pun mewah2...
"heh.. senang awak cakap kan? hidup mewah tapi jiwa kosong"
"ape maksud Riz dengan jiwa kosong?"
"Tiada pegangan agama. saya islam hanya pada nama. Sebab tulah saya nak kenal awak, pertama kali saya nampak wajah awak saya nampak sesuatu yang lain. Wajah awak, mata awak, senyuman awak, dan saya dapat rasakan sesuatu yang lain bila saya dekat dengan awak. Sofea, awak ni bidadari ke?" Riz memandang Sofea. Sofea memandang Riz dengan muka yang merah."Sebab tu? jadi awak bermaksud nak saya ajar awak tentang agama?"Riz mengangguk. " baiklah kalau macam tu, saya sedia jadi kawan awak atas dasar agama. faham! mulai hari ini setiap pukul 5.00 petang masjid akan adekan usrah. saya nak awak datang. jangan pernah miss.Kalau ade apa2 hal mengenai solat awak boleh jumpa denhan Ustaz Zikrul. Insya-Allah dia sentiasa ada dekat masjid tu."
"by the way, ape nama masjid tu?"
"Masjid al-Ikhlas, kalau awak betul-betul ikhlas, datang lah saya tunggu awak dekat sana."Sofea berlalu pergi meninggalkan Riz seorang diri di pondok tersebut.
Best regards,

Wednesday, 14 December 2011

MencintaiNya Lebih Ku Perlukan Daripada Cinta mu

ASSALAMUALAIKUM,
Hyep semua..Today aku rase la kan, is da special day untuk aku tulis benda ini..
Tujuan aku tulis benda ini ialah sebabnya aku nak tulis lah kan..
betul tak?ngeee..

Ok, beginilah sebenarnya tadi aju nangis gler2.tapi tak adelah sampai jadi gler btol2.
Rindu tu terasa sangat. Rasa bahagia mula menyelubungi hati aku yang tengah marah dekat adik aku.
Tapi bila aku dapat cakap denganNya, aku rasa macam orang yang paling bahagia dekat dunia ni.
Kalau kita boleh meluahkan segala perasaan kita dekat mak, ayah, nenek, kengkawan,
TAPI...
Kenapa kita tak meluahkan segala benda tu dekat Allah?
Betapa nikmatnya kalau kita merasai benda tu..
Hanya berdua..
Orang kata berkhalwat ea..
Apakah anugerah yang paling indah pernah korang rasa?
  1. kapel
  2. bercinta???
  3. Ade famili yg bebaik?
  4. Ada mak we yg cantik lg perfect?
Adakah itu anugrah paling bernilai buat korang?
Memanglah itu anugrah untuk kita,
tapi ada satu saja yang sesangatnye bernilai
yakni..
Lahirnya kita sebagai seorang Islam dan sangat bersyukur sebab dididik dengan ajaran yg cukup perfect.
That is true..(bagi aq la)

Allah bagi kita pancaindera supaya digunakan dengan sebaik2 nya.
Baru aku sedar yang sebenarnye, I really2 need His love
for my life..
I really2 need Him in my heart.


Allah telah menganugerahkan tangan yang begitu halus yang begitu cantik untuk kita berdoa kepadaNya,
Mohon , mintalah selagi termampu..
Why, kita boleh tulis puisi yang terlalu indah untuk pacar atau kekasih hati,

TAPI!!
Kenapa kita susah hendak bermadah sebegitu kepada Allah?
Susah sangat ker?
Ha?ha?
Semua inginkan yang perfect..Sempurna.
Dalam hakikatnya kita semua taklah sesempurna mana..
So, Allah is our way ..

Put Him as your first Lover..
Ma'assalamah ilalliqa'

Best regards,

Thursday, 8 December 2011

Di Balik Tirai Cinta (part 3)

    Bibik Ati naik ke tingkat 2 untuk ke bilik Riz."Riz, buka pintunya Riz ini Bik Ati ." Tiada sahutan dari Riz.
"Riz, kamu tidur ya? Bangun dong. nggak elok tidur waktu maghrib. Kamu dah solat belum?" tiada sahutan lagi. Bik Ati memulas tombol pintu bilik itu. Sahlah Riz tidak mengunci biliknya.Bik Ati memasuki bik Riz kelihatannya Riz seperti penat sekali tetapi Bik Ati terpaksa mengejut Riz untuk solat. "Riz, bangun nak, sudah masuk waktu solat.Riz, bangun nak..Bik Ati menggoyangkan badan Riz. Riz mengelit dan duduk di sebelah Bik Ati."Bik, dah pukul berapa sekarang?"
"Sudah pukul 7.00 malam sudah waktu maghrib. Lekas mandi kemudia kita solat jemaah ya."
"Baiklah "Riz mengangguk.
     Seusai menunaikan solat maghrib berjemaah,Riz melipat sejadah dan menyalami tangan Bik Ati. Bik Ati mengusap rambut Riz dengan lembut. Mereka berpandangan antara satu sama lain."Riz, sejak Bibik jadi pembantu di sini, Bibik nggak pernah nampak kamu ngaji.Bibik rasa rumah ini sunyi banget. Itupun kalau Bibik nnggak suruh solat kamu leka. Bibik minta maaf sekiranya ucapan bibik ini menyakiti hati kamu."
Riz tunduk. "Tidak Bik, betullah semua ini salah Riz.Riz abaikan tanggungjawab Riz sebagai seorang muslim. Riz memang tak pandai ngaji. Mama dan papa tak pernah ajar Riz mengaji atau hantar ke kelas mengaji.Riz salah Bik."
"Sudah,sudah jangan nangis lagi. Kesat air mata kamu.Bibik udah nyiapin makan malam. Yuk makan."
_________________________________________________________________________________
  "Hello, assalamualaikum. Ni Mya ke? Mya! nu mak su ni"
"Wa'alaikumsalam. Mya tau je ini mak su. Kenapa sudah lama tidak menelefon? Kesian nenek tertunggu-tunggu.Mak su jahat!"
"Hei! apa cakap mak su jahat tu. Hello, Sofea, mak ni.Sofea apa khabar? Lama dah Sofea tak balik.Kesian Mya terperap saja dekat rumah ni."
"Insya-allah minggu depan kalau tak ada apa-apa Sofea balik ye mak.Mak macam mana? sihat?"
"Alhamdulillah, mak sihat. Sofea dengan Filza macam mana?"
"Sihat mak.Mak, nanti kalau ada apa-apa mak telefon Sofea je ea?Bye, assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"
"nenek, bila mak su nak balik? Dia tak kesian dekat Mya ke?" Mya duduk di sofa sambil menonton tv. Pn.Khadijah memujuk Mya."Sayang, mak su banyak kerja lah. Jangan merajuk nanti muka tak cantik nanti."
Mya memandang neneknya dengan senyuman."Macam inilah cucu nenek.."
"Nenek, Mya laparlah nenek ada masak tak?"
"Masak? mestilah ada, jom kita makan."

__________________________________________________________________________________
    "Sofea, aku tengok kau ni macam ada masalah je.Assignment tak siap-siap.Kau ada masalah kan?"
"Entahlah Filza, aku pun tak tahu. Kau tengok aku ni macam ada masalah ke?"Sofea memandang Filza yang sedang menjamah nasi bungkus yang di belinya di kedai makan sebelah apartmennya itu. Filza yang sedang makan itu memandang Sofea."Yang engkau tanya aku kenapa? Adoyai,,, Cik Dijah, mengapa dengan anakmu ini? Sofea, cuba kau ceritakan sebenarnya ada apa?"
"Ha! Aku geram betul dengan si Riz tu.Dia tu tak faham bahasa ke? Atau aku perlu cakap bahasa cina dengan dia?"
Filza tergelak."What's matter friend?Dia kacau kau lagi ke?"
"Iyalah, tadi Asyraf nak jumpa aku time rehat so, of course la aku mesti jumpa dia kan? Bila aku keluar dari bilik kuliah, Riz tarik tangan aku.Ya Allah, kau tau tak betapa malunya aku lepas tu Asyraf keluar nampak aku dengan Riz dalam keadaan macam tu.Aku malu la wei.Lepas tu Asyraf pergi mavam tu je. Dia kata lain kali kita cakap."
"Kau ni lawak la Sofea. Aku rasa Asyraf dengan Riz tu suka kau la."
"Jangan buat lawak boleh tak? Siapalah yang nak dekat aku ni?.Sudahlah, jangan buat lawak penat aku layan kau.Yang penting sekarang aku dah luahkan segala-galanya yang terjadi hari ini dekat kau, sambunglah makan tu balik."
__________________________________________________________________________________
  " Kau dah luahkan belum?" Tanya Luqman.
"Belum." jawapan paling senang.
"Apa kau ni? Semalam kata nak bagi tahu hari ni.Last-last tak bagi tahu langsung. What's matter bro?"
"Frust! kau tahu tak Man? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku sekarang ini."
"Kenapa dengan kau ni Asy? Cuba bawa bertenang dulu cerita dekat aku segalanya ok?" Luqman mengambil tempat di sebelah Asyraf. "Riz, aku nampak Riz pegang tangan dia and diorang macam bincang sesuatu yang penting .Aku blah la, tapi Sofea sempat minta maaf dengan aku sebab dia kata dia telah mencemarkan pandangan aku dengan perbuatan dia."
"Hah, kau ni lawak la macam itu pun jelous ke? Rilex la bro." Ayraf memandang Luqman dengan tajam.
"Apa kau kata ?rilex? Hei kawan, setahu aku Sofea tak pernah kena sentuh pegang dan segala barang lah. Dia baik, aku rasa Riz yang paksa dia."
"Kalau Riz paksa dia, mesti kau pun boleh paksa dia kan?"
"Luqman! kau hilang akal ke? Aku nak dia bagi jawapan tulus dari hati dia dan bukan cara paksaan. malas aku layan kau. Aku penat." Asyraf terus memasuki biliknya meninggalkan Luqman sendirian.
"Ya Allah, ampunkanlah kawan ku Ya Allah." Luqman berdoa sendirian.

Best regards,

Di balik Tirai cintA.(sambungan part 2)

   Mata Sofea terkebil-kebil. "Apa awak buat ni? kita bukan...
"Apa? awak nak kata kita bukan mahram? baik saya lepaskan awak." Riz memalingkan badan ke belakang.
"Sofea, saya cuma nak kenal awak ...kenapa awak susah sangat nak terima salam perkenalan dari saya?" sambil memusing ke arah Sofea. Sofea hanya tunduk ke bawah. "Sofea, tolong pandang saya. Sofea,"
Sofea mengangkat mukanya "Apa muslihat awak nak kenal saya?"
"Muslihat? Awak ingat saya musang ke apa ha? Hei, saya ni bukanlah kaki perempuan ,kalau saya nak mainkan awak sekali pun dah lama saya pancing awak tau tak?"
"pang" penampar sulung di muka Sofea hinggap di pipi Riz."Jangan sombong kalau nak berkenalan." Sofea berlalu meninggalkan Riz. "Hei! Sofea!"Ish kenapa aku cakap macam itu dekat dia?Riz menghentakkan kaki.
__________________________________________________________________________________
    Kereta Porsche milik Riz meluncur laju di jalan raya sambil mendengar lagu Tiga Kata dari kumpulan KRU mulutnya turut menyanyi sekali tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Riz segera memasang earphone. "Hello Riz, Riz dekat mana sayang?I miss u so much. Kita jumpa nak?" Suara Linda yang lunak itu membuatkan Riz meluat. "I tidak ada masa lah nak jumpa you. You datanglah rumah I. I baru balik kuliah ni.Ok bye" Riz terus menutup telefon bimbitnya.
  "Bibik! buka pintu! Ini Riz."
Bibik Ati kelam kabut membuka pintu"Kok enggak ada salamnya pak?"
"Assalamualaikum, Bik Ati mama dah balik belum?"
"Gitu dong, Nyonya Lisa belum pulang dari sore tadi.Bibik juga risau.Kamu ada nelefon dia?"
"Dah telefon tapi asyik voicemail saja.Bosan."
"Tidak mengapa, kamu duduk dulu ya, Bik Ati bikinin airnya."
Riz duduk di sofa. Dia meletakkan tangan di atas kepalanya tak sempat dia hendak berehat tiba-tiba  ada orang mengetuk pintu. Terpaksalah dia membuka kerana Bik Ati berada di dapur. Riz membuka pintu rumahnya alangkah terkejutnya dia apabila melihat Linda di luar rumahnya."Hye sayang."Linda memberi kata manis kepada Riz sambil memeluknya."Kenapa u datang?"
"U ni kan, tak nak jemput I masuk ke?"
"Ok, masuklah tapi sebelum itu lepaskan leher I. I rimas lah."
"Ish U ni, kenapa rumah u kosong saja? Mana uncle Herman dengan aunty Lisa?"
"Diorang tak balik lagi. Sibuk sangat dengan kerja"
Bibik Ati keluar dari dapur sambil membawa segelas air untuk Riz.
"Ekhem, untuk Riz sahaja?Saya punya mana?" Linda menjeling Bik Ati.
Riz memberi isyarat supaya Bik Ati mengikut sahaja cakap Linda."Ermm..u, bila kita nak kahwin ni?"
Riz terkejut."Kahwin?Siapa yang nak kahwin dengan u?"
"Ish, u ni  tak baiklah macam tu. I sirius ni." Dengan nada manja Linda memujuk Riz.
"Helloo! I'm serious too ok. Saya tak nak kahwin dengan awak lah"
"tapi mama awak dah janji dengan saya."
"Itu mama! bukan I.Faham!U pergilah balik,nanti orang cakap apa pula.I penat. I naik dulu."


Best regards,