Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Followers

Wednesday, 14 December 2011

MencintaiNya Lebih Ku Perlukan Daripada Cinta mu

ASSALAMUALAIKUM,
Hyep semua..Today aku rase la kan, is da special day untuk aku tulis benda ini..
Tujuan aku tulis benda ini ialah sebabnya aku nak tulis lah kan..
betul tak?ngeee..

Ok, beginilah sebenarnya tadi aju nangis gler2.tapi tak adelah sampai jadi gler btol2.
Rindu tu terasa sangat. Rasa bahagia mula menyelubungi hati aku yang tengah marah dekat adik aku.
Tapi bila aku dapat cakap denganNya, aku rasa macam orang yang paling bahagia dekat dunia ni.
Kalau kita boleh meluahkan segala perasaan kita dekat mak, ayah, nenek, kengkawan,
TAPI...
Kenapa kita tak meluahkan segala benda tu dekat Allah?
Betapa nikmatnya kalau kita merasai benda tu..
Hanya berdua..
Orang kata berkhalwat ea..
Apakah anugerah yang paling indah pernah korang rasa?
  1. kapel
  2. bercinta???
  3. Ade famili yg bebaik?
  4. Ada mak we yg cantik lg perfect?
Adakah itu anugrah paling bernilai buat korang?
Memanglah itu anugrah untuk kita,
tapi ada satu saja yang sesangatnye bernilai
yakni..
Lahirnya kita sebagai seorang Islam dan sangat bersyukur sebab dididik dengan ajaran yg cukup perfect.
That is true..(bagi aq la)

Allah bagi kita pancaindera supaya digunakan dengan sebaik2 nya.
Baru aku sedar yang sebenarnye, I really2 need His love
for my life..
I really2 need Him in my heart.


Allah telah menganugerahkan tangan yang begitu halus yang begitu cantik untuk kita berdoa kepadaNya,
Mohon , mintalah selagi termampu..
Why, kita boleh tulis puisi yang terlalu indah untuk pacar atau kekasih hati,

TAPI!!
Kenapa kita susah hendak bermadah sebegitu kepada Allah?
Susah sangat ker?
Ha?ha?
Semua inginkan yang perfect..Sempurna.
Dalam hakikatnya kita semua taklah sesempurna mana..
So, Allah is our way ..

Put Him as your first Lover..
Ma'assalamah ilalliqa'

Best regards,

Thursday, 8 December 2011

Di Balik Tirai Cinta (part 3)

    Bibik Ati naik ke tingkat 2 untuk ke bilik Riz."Riz, buka pintunya Riz ini Bik Ati ." Tiada sahutan dari Riz.
"Riz, kamu tidur ya? Bangun dong. nggak elok tidur waktu maghrib. Kamu dah solat belum?" tiada sahutan lagi. Bik Ati memulas tombol pintu bilik itu. Sahlah Riz tidak mengunci biliknya.Bik Ati memasuki bik Riz kelihatannya Riz seperti penat sekali tetapi Bik Ati terpaksa mengejut Riz untuk solat. "Riz, bangun nak, sudah masuk waktu solat.Riz, bangun nak..Bik Ati menggoyangkan badan Riz. Riz mengelit dan duduk di sebelah Bik Ati."Bik, dah pukul berapa sekarang?"
"Sudah pukul 7.00 malam sudah waktu maghrib. Lekas mandi kemudia kita solat jemaah ya."
"Baiklah "Riz mengangguk.
     Seusai menunaikan solat maghrib berjemaah,Riz melipat sejadah dan menyalami tangan Bik Ati. Bik Ati mengusap rambut Riz dengan lembut. Mereka berpandangan antara satu sama lain."Riz, sejak Bibik jadi pembantu di sini, Bibik nggak pernah nampak kamu ngaji.Bibik rasa rumah ini sunyi banget. Itupun kalau Bibik nnggak suruh solat kamu leka. Bibik minta maaf sekiranya ucapan bibik ini menyakiti hati kamu."
Riz tunduk. "Tidak Bik, betullah semua ini salah Riz.Riz abaikan tanggungjawab Riz sebagai seorang muslim. Riz memang tak pandai ngaji. Mama dan papa tak pernah ajar Riz mengaji atau hantar ke kelas mengaji.Riz salah Bik."
"Sudah,sudah jangan nangis lagi. Kesat air mata kamu.Bibik udah nyiapin makan malam. Yuk makan."
_________________________________________________________________________________
  "Hello, assalamualaikum. Ni Mya ke? Mya! nu mak su ni"
"Wa'alaikumsalam. Mya tau je ini mak su. Kenapa sudah lama tidak menelefon? Kesian nenek tertunggu-tunggu.Mak su jahat!"
"Hei! apa cakap mak su jahat tu. Hello, Sofea, mak ni.Sofea apa khabar? Lama dah Sofea tak balik.Kesian Mya terperap saja dekat rumah ni."
"Insya-allah minggu depan kalau tak ada apa-apa Sofea balik ye mak.Mak macam mana? sihat?"
"Alhamdulillah, mak sihat. Sofea dengan Filza macam mana?"
"Sihat mak.Mak, nanti kalau ada apa-apa mak telefon Sofea je ea?Bye, assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"
"nenek, bila mak su nak balik? Dia tak kesian dekat Mya ke?" Mya duduk di sofa sambil menonton tv. Pn.Khadijah memujuk Mya."Sayang, mak su banyak kerja lah. Jangan merajuk nanti muka tak cantik nanti."
Mya memandang neneknya dengan senyuman."Macam inilah cucu nenek.."
"Nenek, Mya laparlah nenek ada masak tak?"
"Masak? mestilah ada, jom kita makan."

__________________________________________________________________________________
    "Sofea, aku tengok kau ni macam ada masalah je.Assignment tak siap-siap.Kau ada masalah kan?"
"Entahlah Filza, aku pun tak tahu. Kau tengok aku ni macam ada masalah ke?"Sofea memandang Filza yang sedang menjamah nasi bungkus yang di belinya di kedai makan sebelah apartmennya itu. Filza yang sedang makan itu memandang Sofea."Yang engkau tanya aku kenapa? Adoyai,,, Cik Dijah, mengapa dengan anakmu ini? Sofea, cuba kau ceritakan sebenarnya ada apa?"
"Ha! Aku geram betul dengan si Riz tu.Dia tu tak faham bahasa ke? Atau aku perlu cakap bahasa cina dengan dia?"
Filza tergelak."What's matter friend?Dia kacau kau lagi ke?"
"Iyalah, tadi Asyraf nak jumpa aku time rehat so, of course la aku mesti jumpa dia kan? Bila aku keluar dari bilik kuliah, Riz tarik tangan aku.Ya Allah, kau tau tak betapa malunya aku lepas tu Asyraf keluar nampak aku dengan Riz dalam keadaan macam tu.Aku malu la wei.Lepas tu Asyraf pergi mavam tu je. Dia kata lain kali kita cakap."
"Kau ni lawak la Sofea. Aku rasa Asyraf dengan Riz tu suka kau la."
"Jangan buat lawak boleh tak? Siapalah yang nak dekat aku ni?.Sudahlah, jangan buat lawak penat aku layan kau.Yang penting sekarang aku dah luahkan segala-galanya yang terjadi hari ini dekat kau, sambunglah makan tu balik."
__________________________________________________________________________________
  " Kau dah luahkan belum?" Tanya Luqman.
"Belum." jawapan paling senang.
"Apa kau ni? Semalam kata nak bagi tahu hari ni.Last-last tak bagi tahu langsung. What's matter bro?"
"Frust! kau tahu tak Man? Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku sekarang ini."
"Kenapa dengan kau ni Asy? Cuba bawa bertenang dulu cerita dekat aku segalanya ok?" Luqman mengambil tempat di sebelah Asyraf. "Riz, aku nampak Riz pegang tangan dia and diorang macam bincang sesuatu yang penting .Aku blah la, tapi Sofea sempat minta maaf dengan aku sebab dia kata dia telah mencemarkan pandangan aku dengan perbuatan dia."
"Hah, kau ni lawak la macam itu pun jelous ke? Rilex la bro." Ayraf memandang Luqman dengan tajam.
"Apa kau kata ?rilex? Hei kawan, setahu aku Sofea tak pernah kena sentuh pegang dan segala barang lah. Dia baik, aku rasa Riz yang paksa dia."
"Kalau Riz paksa dia, mesti kau pun boleh paksa dia kan?"
"Luqman! kau hilang akal ke? Aku nak dia bagi jawapan tulus dari hati dia dan bukan cara paksaan. malas aku layan kau. Aku penat." Asyraf terus memasuki biliknya meninggalkan Luqman sendirian.
"Ya Allah, ampunkanlah kawan ku Ya Allah." Luqman berdoa sendirian.

Best regards,

Di balik Tirai cintA.(sambungan part 2)

   Mata Sofea terkebil-kebil. "Apa awak buat ni? kita bukan...
"Apa? awak nak kata kita bukan mahram? baik saya lepaskan awak." Riz memalingkan badan ke belakang.
"Sofea, saya cuma nak kenal awak ...kenapa awak susah sangat nak terima salam perkenalan dari saya?" sambil memusing ke arah Sofea. Sofea hanya tunduk ke bawah. "Sofea, tolong pandang saya. Sofea,"
Sofea mengangkat mukanya "Apa muslihat awak nak kenal saya?"
"Muslihat? Awak ingat saya musang ke apa ha? Hei, saya ni bukanlah kaki perempuan ,kalau saya nak mainkan awak sekali pun dah lama saya pancing awak tau tak?"
"pang" penampar sulung di muka Sofea hinggap di pipi Riz."Jangan sombong kalau nak berkenalan." Sofea berlalu meninggalkan Riz. "Hei! Sofea!"Ish kenapa aku cakap macam itu dekat dia?Riz menghentakkan kaki.
__________________________________________________________________________________
    Kereta Porsche milik Riz meluncur laju di jalan raya sambil mendengar lagu Tiga Kata dari kumpulan KRU mulutnya turut menyanyi sekali tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Riz segera memasang earphone. "Hello Riz, Riz dekat mana sayang?I miss u so much. Kita jumpa nak?" Suara Linda yang lunak itu membuatkan Riz meluat. "I tidak ada masa lah nak jumpa you. You datanglah rumah I. I baru balik kuliah ni.Ok bye" Riz terus menutup telefon bimbitnya.
  "Bibik! buka pintu! Ini Riz."
Bibik Ati kelam kabut membuka pintu"Kok enggak ada salamnya pak?"
"Assalamualaikum, Bik Ati mama dah balik belum?"
"Gitu dong, Nyonya Lisa belum pulang dari sore tadi.Bibik juga risau.Kamu ada nelefon dia?"
"Dah telefon tapi asyik voicemail saja.Bosan."
"Tidak mengapa, kamu duduk dulu ya, Bik Ati bikinin airnya."
Riz duduk di sofa. Dia meletakkan tangan di atas kepalanya tak sempat dia hendak berehat tiba-tiba  ada orang mengetuk pintu. Terpaksalah dia membuka kerana Bik Ati berada di dapur. Riz membuka pintu rumahnya alangkah terkejutnya dia apabila melihat Linda di luar rumahnya."Hye sayang."Linda memberi kata manis kepada Riz sambil memeluknya."Kenapa u datang?"
"U ni kan, tak nak jemput I masuk ke?"
"Ok, masuklah tapi sebelum itu lepaskan leher I. I rimas lah."
"Ish U ni, kenapa rumah u kosong saja? Mana uncle Herman dengan aunty Lisa?"
"Diorang tak balik lagi. Sibuk sangat dengan kerja"
Bibik Ati keluar dari dapur sambil membawa segelas air untuk Riz.
"Ekhem, untuk Riz sahaja?Saya punya mana?" Linda menjeling Bik Ati.
Riz memberi isyarat supaya Bik Ati mengikut sahaja cakap Linda."Ermm..u, bila kita nak kahwin ni?"
Riz terkejut."Kahwin?Siapa yang nak kahwin dengan u?"
"Ish, u ni  tak baiklah macam tu. I sirius ni." Dengan nada manja Linda memujuk Riz.
"Helloo! I'm serious too ok. Saya tak nak kahwin dengan awak lah"
"tapi mama awak dah janji dengan saya."
"Itu mama! bukan I.Faham!U pergilah balik,nanti orang cakap apa pula.I penat. I naik dulu."


Best regards,

Wednesday, 7 December 2011

Di balik Tirai cintA.(sambungan part2)

    Sofea keluar dari bilik kuliah apabila tiba waktu rehat.Riz sudah menunggu di tepi pintu keluar sahaja Sofea dari bilik kuliah Riz menyambut tangannya. Sofea tersentak dia memalingkan muka ke belakang.
"Awak nak apa lagi?Kalau awak tak puas hati dengan saya cakaplah, saya tak ada masa nak layan awak..."
"Sofea,.." Asyraf keluar dari bilik kuliah melihat Sofea bersama Riz. Riz segera melepaskan lengan Sofea.
"Awak sibuk ke?" Soal Asyraf. "Kalau awak sibuk saya tak nak ganggu.Minta maaf" Asyraf berlalu.
"Asyraf! tunggu dulu! Awak nak cakap apa?Sebenarnya saya tunggu awak tadi."
"Tak mengapalah,lain kali saja lagipun saya lihat awak macam sibuk.Saya minta maaf."
"Asyraf! Saya minta maaf mungkin saya menyakitkan pemandangan awak tadi.Saya pergi dulu" Sofea berlalu pergi. Seusai sahaja Sofea menghabiskan bicaranya bersama Asyraf ,Riz mengekorinya dari belakang. "Awak nak apa lagi? kenapa awak tak pernah berhenti mengekori saya"
"Apa yang awak bincangkan tadi? Macam penting sangat je."
"Itu semua tidak ada kaitan dengan awak.Siapa awak?Saya tak kenal awak.Siapa saya? Awak kenal ke saya?Awak tak kenal saya.Jadi kenapa awak nak ambil tahu hal saya? Apa faedahnya?"
"Sofea!cukup saya cuma nak kenal awak.salah ke?"Riz merapatkan Spfea ke dadanya.

Monday, 5 December 2011

     Sofea berjalan menyusuri kaki lima menuju ke arah kafeteria.Dari jauh bayang-bayng Filza sudah kelihatan nampaknya Filza terpaksa menunggu lama kali ini. Sampai sahaj di kafe, Sofea mengambil posisi di sebelah Filza yang sedang enak menikmati nasi lemak.Filza memandang Sofeaakw sambil menghirup air teh tariknya.
"Kenapa pandang aku macam nak telan je?"
"Entah la ko ni nampak sedap pula untuk di masak.hehe"
"Kau ni waras ke tidak?" Muka Sofea keletihan.
"Ish kau ni, aku waras lagi la.Macam mana tadi ok?"
"Alhamdulillah, boleh la untuk aku menjawab"
"assalamualaikum" suara tersebut menegur mereka.Filza dan Sofea memandang serentak ke arah suara itu.
"Wa'alaikumsalam" mereka menjawab.
"boleh saya tumpang duduk?"
"Duduklah, tak kisah pun."Filza membalas selamba
"Awak ni Sofea kan? Awak ingat saya lagi tak?" lelaki tersebut menegur Sofea. Filza menyinggung lengan Sofea. "Riz? Saya masih ingat kenapa? Awak nak suruh saya ganti kereta awak ke? Maaflah saya tak sekaya awak."
"Eh, bukan macam itu. Saya cuma nak kenal awak saja dan saya tak ada niat lain pun."
Filza tersenyum sambil memandang Sofea.
"Lebih baik tak payah, ia akan membuang masa awak saja..Saya pergi dulu"Sofea mengangkat punggung mahu pergi tetapi tangan Riz lekas menyambut lengan Sofea."Saya ikhlas nak kawan dengan awak"
Sofea membuntarkan matanya "Saya pula tidak ikhlas untuk mengenali awak yang tidak tahu adab antara lelaki dan perempuan. Tolong lepaskan saya!" Sofea berlalu pergi.
"Sofea! Baiklah saya akan buktikan dekat awak yang saya betul-betul ikhlas!"
"Ikhlas bukan pada mulut tapi hati..Sofea itu bukan calang-calang orangya" Filza yang membuntuti Sofea memberi nasihat kepada Riz.

__________________________________________________________________________________

     "Kau gila ke?!"Luqman berteriak kepada Asyraf."Siapa yang gila pulak ni? Betul Man aku tak tipu kau tapi itu hanya perancangan aku saja la."
"Kau dah bagitahu dekat dia?"
"Belum lagi, aku ingat nak bagitahu pada masa yang sesuai"
"Masa yang sesuai? Asy, kalau kau nak, kau kena cepat kalau tak nanti kena rembat.Aku cadangkan kau bagitahu dia esok"
"Esok? ermmm tengoklah dulu macam mana."
"Asy, kau ni sirius ke?"
"Mestilah, kau tahu tak Man aku dah lama gila simpan perasaan ini tapi itulah.."
"Dah la tu, aku lapar la makan jom. Aku belanja kau.Amacam?"
"Ok."
__________________________________________________________________________________

     "Baiklah pelajar, sampai sini dahulu perbincangan kita mengenai topik kali ini, insya-allah kita jumpa lagi. Saya harap kamu dapat menyiapkan assignment itu denagn segera sebelum peperiksaan ." Puan.Latifah memberi penerangan kepada para pelajarnya.
    Sofea yang sedang khusuk mendengar diganggu dengan kedatangan surat daripada Asyraf.

Salam,
Sofea, boleh tak rehat nanti awak jumpa saya?Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.
                                                    Asy_87


 Sofea melipat kertas itu dan memasukkan ke dalam poket bajunya.Dia memandang Asyraf.Dia nak cakap apa?