Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Followers

Monday, 28 November 2011

Di Balik Tirai Cinta..(sambungan)

   Setibanya Sofea di rumah, Filza sudah tercegat depan pintu untuk menyambut kepulangan Sofea. "Tok,tok,tok", Sofea mengetuk pintu rumah sewanya itu. "Tadaa!! welcome back my friend" Filza memeluk Sofea. "Subhanallah, kalau rindu pon bagi la ruang untuk aku bernafas." Sofea sesak dalam pelukan Filza tapi dia juga merindui Filza. Filza melepaskan pelukannya "ermm,hilang juga rasa rindu aku kat kau." Sofea tersenyum.
"Sofea, ermm tak ada buah tangan untuk aku ke?" Sofea seperti mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.
"Nah,ambillah ni buah tangan dari Sofea Humaira untuk Filzatul Raudah nah". Hadiah itu disambut oleh Filza.
"Apa ni? ermm, biar aku teka"
"Tekalah, aku menunggu jawapan darimu wahai si comel ayu."
"Tudung? untuk aku? Masya-Allah, Sofea! Terima kasih sangat-sangat.Kenapa tiba-tiba belikan aku tudung ni?"
"Tak taulah, mungkin aku ni terlebih baik kot hari ni,hikhik"
"Perasan!Tapi tak pelah terima kasih atas segala-galanya sebab sudi jadi kawan aku yang selama ini banyak membantu aku...
"Sudah sudah kau ni kalau bagi ucapan panjang berjela-jela boleh dirakam." Sofea membetulkan duduknya dia mengemaskan baju-baju di dalam begnya itu manakala Filza setia menemaninya."Tengok je ke? tak nak tolong? Aku penat ni."
"Tak pelah,aku tolong tengok je,tak pe kan?"Filza senyum kambing. "Filza! alang-alang ke dapur tu masak la sekali.Aku lapar la."
Filza menunjukkan isyarat ibu jarinya "orait boss,"


          Sofea memasuki kelas kuliahnya pada pagi itu dia ada kuliah Kejuruteraan Komputer yang di naungi oleh En.Zahidi. Dia berjanji dengan Filza akan bertemu di kafeteria setelah selesai kuliahnya nanti. Seperti biasa, En.Zahidi akan mengajar dengan ceria kerana dia seorang yang ramah, itulah yang menyebabkan Sofea   mempunyai semangat yang over sikit bila belajar dengan En.Zahidi. "Sofea, awak ada apa-apa masalah tak dengan topik hari ni?" En.Zahidi menujukan soalan itu khas untuk Sofea. Sofea mengangguk faham. "Baiklah, masa saya sudah pun tamat.Jadi, sebelum itu saya nak bagi tau sesuatu. Saya akan buat ujian ke atas kamu semua. Ujian ini mempunyai tiga peringkat.Pertama, saya nak kamu buat assignment tentang tiga topik yang kita dah belajar. Kedua,saya nak buat ujian teori ke atas kamu. Mean dekat sini saya nak tengok cara kamu membetulkan komputer dan lain-lain yang saya dah ajar.Ketiga, saya akan buat ujian bertulis.Saya akan bagi tempoh 2 bulan untuk kamu siapkan assignment kamu sebelum cuti semester ke-2. Faham? Baik lah saya pergi dulu". Sofea mengemaskan barang-barangnya yang berselerak sebelum keluar berjumpa dengan Filza. Tiba -tiba ada sekeping kertas jatuh di bawah kerusinya. Baru dia teringat bahawa dia perlu berjumpa dengan Prof.Imran waktu rehat.Ya Allah, macam mana aku boleh lupa ni?Sofea mencapai telefon bimbitnya dan segera menelefon Filza."Assalamualaikum,Filza sorry sangat-sangat aku baru ingat yang aku ada 'date' dengan Prof. Imran, sorry sebab tak dapat temankan kau hari ni.Ok,bye" Sofea segera menutup telefon bimbitnya itu dan bergegas ke bilik Prof. Imran. Dengan keadaan yang termengah-mengah itu dia terus masuk ke dalam bilik Prof.Imran. Prof.Imran agak terkejut dengan tindakan Sofea itu matanya terbeliak."What's wrong with you?" dengan nada yang agak pelik  Prof.Imran menyoal Sofea. "I'm so sorry Prof . Assalamualaikum, lupa pulak nak bagi salam tadi. Saya minta maaf mungkin Prof terkejut tapi saya takut saya terlambat ambil ujian tu sebab tu saya jadi macam ni." Ujar Sofea lembut.
     

Saturday, 26 November 2011

tak tau betul ke tak??????

Malam tadi time tengah makan makan dengan umi dengar bunyi bising2 kat luar..
Owhhh, rupa-rupanya kawan pak cik aku datang aku pikir ape tadi siap speaking lagi tu..fuhh penat pak cik aku melayan..(dialognye lebih kurang macam ni la)
my uncle:...........
kawannya: betul man aku ni dulu sekolah dapat gred 2...
(dalam hati aku ..ish takkan tu pon nak cakap?)
Tiap kali pak cik aku nak cakap dia menyampuk, ape pasalla orang tue ni..
(aku bukan nak mengutuk orang tue  ni)
kawannya: we must think iaitu maksudnye kita mesti fikir dulu ok..
(part ni da bagus da)
sambung.....
kawannya:after that, maksudnye sebelum itu atau masa kini...
ape kene dengan bahase die ni?dok pahe kawe..aq kat dalam rumah mengusha la pak cik aku..tergelak-gelak mak aku dengar bahase english die yang 'mantop' sangat tu..
aisehhh....sabo jela..

Sunday, 6 November 2011

Sambungan DI BALIK TIRAI CINTA.

      "mak, hari ni Sofea kena balik kolej. tapi kan mak," "tapi apa? Sofea risaukan Mya ke?mak kan ada, mak boleh temankan Mya.Sofea jangan risau ea" ujar Pn.Khadijah. "Betul tu mak su! Mak su balik jela. susah2 je jaga Mya.Balik la.." Mya membuat mimik muka. Sofea mencangkung dihadapan Mya. "Mya, mak su nak tanya satu soalan boleh tak?" "Apa dia?cepat sikit! Mya tak de masa ni" Mya memeluk tubuh. "Amboi, sombongnya dia.Mya sayang mak su x? Kalau Mya x sayang mak su takpelah." Sofea memalingkan muka dari Mya. Dengan perlahan ,Mya memegang pipi Sofea lalu mengucupnya."Mya sayang mak su mcm Mya sayang mama.Kalau mak su dah pergi nanti jangan lupa balik tau. Nanti Mya kat sini doakan yang terbaik untuk mak su.Atau Mya patutu doakan mak su cepat kawin nanti Mya dapat adik.." jenaka Mya membuatkan Sofea tergelak.
     Petang tersebut Sofea memecut laju kereta produa Myvi miliknya.Tiba-tiba sebuah kereta mewah lalu dihadapannya "sreet" Sofea sempat menekan brek keretanya. Ya Allah apa yang aku dah buat ni?Sofea beristighfar banyak-banyak. Sofea keluar dari keretanya dan merapati kereta mewah tersebut dia takut kalau ada apa2 yang tercalar."What the hell!!" suara pemilik kereta tersebut berteriak.Dia segera menuju ke belakang" hey miss apa yang cik buat dalam kereta sampai jadi macam ni? cik fikir senang ke dapat kereta macam ni?"Lelaki tersebut menarik rambutnya ke belakang. Sofea memandang wajah pemuda tersebut."Maaf encik, saya betul betul tak sengaja.Tapi kalau ada yang tercalar saya sudi membayarnya.Saya minta maaf sangat" lembut permintaan maaf dari Sofea. Tanpa Sofea sedari pemuda tersebut dari tadi hanya memerhatikan gerak gerinya."Encik, encik" Sofea menghentikan lamunan pemuda tersebut."Oh ya, jadi apa awak cakap tadi?" "Saya cakap , kalau ada apa2 kerosakan saya boleh bayar." "Tak pe lagipun alat ganti kereta ni mahal, saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan awak tadi.. Nama saya Riz Hafizi.Awak?"Riz menghulurkan tangan.Sofea hanya tersenyum dia langsung tidak mengendahkan huluran tangan dari Riz. "Sofea. Nama penuh saya, Sofea Humaira.Maaf, kalau tak de pape lagi saya minta diri.Asssalamualaikum" "Eh cik..,tunggu.." tidak sempat Riz hendak mengajak Sofea keluar tapi Sofea pergi terlebih dahulu.

       Sampai sahaja di parkir kereta,Sofea mngeluarkan barang2 nya. Asyraf yang baru sahaja pulang dari kuliah terlihat Sofea dan teus mendapatkannya. "Assalamualaikum,Sofea baru balik ke?"tegur  Asyraf. "Wa'alaikumsalam.Eh Asyraf, ha'a saya baru balik. Macam mana awak tau ni?" "Filza cerita kt Prof Imran.Nak saya tolong awak bawa beg ke?" Asyaraf mengofferkan bantuan.Tetapi ditolak mentah2 oleh Sofea."Saya pergi dulu ya .Assalamualaikum" "waalaikumsalam"
      

DI BALIK TIRAI CINTA.(PART 1)

   Sofea sedang sibuk menelaah bukunya bagi ujian pada esok hari. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Filza yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Tiba-tiba handsetnya berbunyi minta diangkat. Terasa malas hendak menjawab kerana mata sudah mengantuk tetapi dikuatkan juga untuk mengangkat panggilan dari maknya itu.Beberapa saat selepas mngangkat panggilan, air matanya mengalir. Segera dia mngemas segala pakaian yang ada dan terus memecut laju ke parkir kereta. Enjin kereta myvi miliknya dihidupkan.Kereta tersebut terus meluncur laju di jalan raya.Pada waktu itu fikirinnya hanya tertumpu dengan apa yang sudah terjadi dia tidak menghiraukan mengenai ujian pada esok hari.
     Sampai sahaja di rumah, kelihatan begitu banyak kereta.Sofea segera masuk ke dalam rumah.Terlihat dua jenazah terbujur kaku dengan perlahan Sofea merapati jenazah tersebut. Kain yang menutupi jenazah itu diselak dengan perlahan. Sofea terus menekup mulutnya tak sangka dengan apa yang telah dilihatnya."kak Aisyah....Ya Allah..kak.."dia mengucup dahi kakaknya itu. Mya datang dari belakang "mak su, janganlah sedih, nenek kata kalau kita sedih, nanti mama dengan abah pon sedih"
Sofea memeluk anak buahnya itu."Mya, mak su sayang Mya..Mya sabar ye sayang."

       Di Kolej......
"Filza!" Professor Imran memanggil Filza.Dia segera bangun."Mana Sofea?Awak roommate dia kan? Dia pergi mana? Bukan ke saya dah pesan yang saya akan adakan ujian hari ni?" ujar Professor Imran. Filza hanya mampu mengangguk dia takut melihat Prof Imran walaupun dia hensem.Dari jauh Asyraf memerhati tempat Sofea yang kosong."kakak Sofea meninggal malam tadi Prof.Tu pasal dia tak de hari ni."terang Filza."ok lah .kalau macamtu awak cakap dekat dia I give her a chance just 1 chance!If she don't back in this week , I can't give her examination mark..ok understand?"Filza mengangguk.
      Seusai kuliah, Asyraf keluar bersama Luqman."Bro, follow aku jap.Lupa something la."pinta Luqman. Asyraf hanya menurut. "Assalamualaikum, Filza sori kalau mengganggu anti.Boleh tak ana nak pinjam kertas assignment anti? Ana nak wat contoh sebab ana punya belum siap" Filza tersenyum. Ni yang buat aku cair ni,desis hati Luqman.Filza mengeluarkan kertas assignment tersebut."Take this. Jaga benda ni baik2 kalau tercalar sikit I'll kill you."  "Terima kasih Filza! I'll give you back.Don't worry"Luqman berjenaka.

       Handset Sofea berdering doanya tertangguh."hello, assalamualaikum, sape ni?" "waalaikumsalam. Pandai ko angkat phone. Aku pikir dah tak pandai dah.Ni aku la Filza.Bila ko nak balik ni?Takut aku tidur sorang2. Ko camne? dah ok lom?" "Za, aku bukan tak nak balik, tapi keadaan belum mengizinkan lagi.Mya masih sedih lagi, so, aku fikir nak temankan dia tuk waktu ni.Camne tadi ujian ok tak?" "Hmm... macamtu lah..Prof bagi amaran kalau ko tak balik dalam minggu ni... Dia takkan bagi markah kat ujian ko." "Aku dah faham dah Za.. ok lah teria ksih sebab sudi menelefon aku..Assalamualaikum" "waalaikumsalam"..Panggilan di matikan. "mak su, mak su solat apa?" soal Mya."Mak su solat dhuha.Mya tau tak solat dhuha tu apa?" Soal Sofea pula.Mya menggelengkan kepala. "Nak mak su ajarkan tak?" "nak.nanti baca doa untuk abah ngan mama sekali ea" " Kalau macamtu, Mya kena ambil wudhu' dulu nanti mak su ajar solat."Sofea mengajar Mya solat dhuha dari mula hingga selesai."Mya, ikut mak su baca doa ya sayang." Mya mengangguk. "Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa ku serta dosa kedua ibu bapaku dan tempatkanlah mereka bersama orang yang Engkau  redhai.Aminn. Cuba Mya ikut apa yang mak su baca tadi." "Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah,Kau ampunkanlah dosa Mya dan dosa mama dan abah..tempatkanlah mereka bersama orang2 yang Engkau redhai. Aminn" Sofea memeluk Mya.

Friday, 4 November 2011

MY FIRST NOVEL..


Aku ingat nak jadikan gmba nie page dpn dia..