Sofea sedang sibuk menelaah bukunya bagi ujian pada esok hari. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Filza yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Tiba-tiba handsetnya berbunyi minta diangkat. Terasa malas hendak menjawab kerana mata sudah mengantuk tetapi dikuatkan juga untuk mengangkat panggilan dari maknya itu.Beberapa saat selepas mngangkat panggilan, air matanya mengalir. Segera dia mngemas segala pakaian yang ada dan terus memecut laju ke parkir kereta. Enjin kereta myvi miliknya dihidupkan.Kereta tersebut terus meluncur laju di jalan raya.Pada waktu itu fikirinnya hanya tertumpu dengan apa yang sudah terjadi dia tidak menghiraukan mengenai ujian pada esok hari.
Sampai sahaja di rumah, kelihatan begitu banyak kereta.Sofea segera masuk ke dalam rumah.Terlihat dua jenazah terbujur kaku dengan perlahan Sofea merapati jenazah tersebut. Kain yang menutupi jenazah itu diselak dengan perlahan. Sofea terus menekup mulutnya tak sangka dengan apa yang telah dilihatnya."kak Aisyah....Ya Allah..kak.."dia mengucup dahi kakaknya itu. Mya datang dari belakang "mak su, janganlah sedih, nenek kata kalau kita sedih, nanti mama dengan abah pon sedih"
Sofea memeluk anak buahnya itu."Mya, mak su sayang Mya..Mya sabar ye sayang."
Di Kolej......
"Filza!" Professor Imran memanggil Filza.Dia segera bangun."Mana Sofea?Awak roommate dia kan? Dia pergi mana? Bukan ke saya dah pesan yang saya akan adakan ujian hari ni?" ujar Professor Imran. Filza hanya mampu mengangguk dia takut melihat Prof Imran walaupun dia hensem.Dari jauh Asyraf memerhati tempat Sofea yang kosong."kakak Sofea meninggal malam tadi Prof.Tu pasal dia tak de hari ni."terang Filza."ok lah .kalau macamtu awak cakap dekat dia I give her a chance just 1 chance!If she don't back in this week , I can't give her examination mark..ok understand?"Filza mengangguk.
Seusai kuliah, Asyraf keluar bersama Luqman."Bro, follow aku jap.Lupa something la."pinta Luqman. Asyraf hanya menurut. "Assalamualaikum, Filza sori kalau mengganggu anti.Boleh tak ana nak pinjam kertas assignment anti? Ana nak wat contoh sebab ana punya belum siap" Filza tersenyum. Ni yang buat aku cair ni,desis hati Luqman.Filza mengeluarkan kertas assignment tersebut."Take this. Jaga benda ni baik2 kalau tercalar sikit I'll kill you." "Terima kasih Filza! I'll give you back.Don't worry"Luqman berjenaka.
Handset Sofea berdering doanya tertangguh."hello, assalamualaikum, sape ni?" "waalaikumsalam. Pandai ko angkat phone. Aku pikir dah tak pandai dah.Ni aku la Filza.Bila ko nak balik ni?Takut aku tidur sorang2. Ko camne? dah ok lom?" "Za, aku bukan tak nak balik, tapi keadaan belum mengizinkan lagi.Mya masih sedih lagi, so, aku fikir nak temankan dia tuk waktu ni.Camne tadi ujian ok tak?" "Hmm... macamtu lah..Prof bagi amaran kalau ko tak balik dalam minggu ni... Dia takkan bagi markah kat ujian ko." "Aku dah faham dah Za.. ok lah teria ksih sebab sudi menelefon aku..Assalamualaikum" "waalaikumsalam"..Panggilan di matikan. "mak su, mak su solat apa?" soal Mya."Mak su solat dhuha.Mya tau tak solat dhuha tu apa?" Soal Sofea pula.Mya menggelengkan kepala. "Nak mak su ajarkan tak?" "nak.nanti baca doa untuk abah ngan mama sekali ea" " Kalau macamtu, Mya kena ambil wudhu' dulu nanti mak su ajar solat."Sofea mengajar Mya solat dhuha dari mula hingga selesai."Mya, ikut mak su baca doa ya sayang." Mya mengangguk. "Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa ku serta dosa kedua ibu bapaku dan tempatkanlah mereka bersama orang yang Engkau redhai.Aminn. Cuba Mya ikut apa yang mak su baca tadi." "Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah,Kau ampunkanlah dosa Mya dan dosa mama dan abah..tempatkanlah mereka bersama orang2 yang Engkau redhai. Aminn" Sofea memeluk Mya.
No comments:
Post a Comment