Setibanya Sofea di rumah, Filza sudah tercegat depan pintu untuk menyambut kepulangan Sofea. "Tok,tok,tok", Sofea mengetuk pintu rumah sewanya itu. "Tadaa!! welcome back my friend" Filza memeluk Sofea. "Subhanallah, kalau rindu pon bagi la ruang untuk aku bernafas." Sofea sesak dalam pelukan Filza tapi dia juga merindui Filza. Filza melepaskan pelukannya "ermm,hilang juga rasa rindu aku kat kau." Sofea tersenyum.
"Sofea, ermm tak ada buah tangan untuk aku ke?" Sofea seperti mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.
"Nah,ambillah ni buah tangan dari Sofea Humaira untuk Filzatul Raudah nah". Hadiah itu disambut oleh Filza.
"Apa ni? ermm, biar aku teka"
"Tekalah, aku menunggu jawapan darimu wahai si comel ayu."
"Tudung? untuk aku? Masya-Allah, Sofea! Terima kasih sangat-sangat.Kenapa tiba-tiba belikan aku tudung ni?"
"Tak taulah, mungkin aku ni terlebih baik kot hari ni,hikhik"
"Perasan!Tapi tak pelah terima kasih atas segala-galanya sebab sudi jadi kawan aku yang selama ini banyak membantu aku...
"Sudah sudah kau ni kalau bagi ucapan panjang berjela-jela boleh dirakam." Sofea membetulkan duduknya dia mengemaskan baju-baju di dalam begnya itu manakala Filza setia menemaninya."Tengok je ke? tak nak tolong? Aku penat ni."
"Tak pelah,aku tolong tengok je,tak pe kan?"Filza senyum kambing. "Filza! alang-alang ke dapur tu masak la sekali.Aku lapar la."
Filza menunjukkan isyarat ibu jarinya "orait boss,"
Sofea memasuki kelas kuliahnya pada pagi itu dia ada kuliah Kejuruteraan Komputer yang di naungi oleh En.Zahidi. Dia berjanji dengan Filza akan bertemu di kafeteria setelah selesai kuliahnya nanti. Seperti biasa, En.Zahidi akan mengajar dengan ceria kerana dia seorang yang ramah, itulah yang menyebabkan Sofea mempunyai semangat yang over sikit bila belajar dengan En.Zahidi. "Sofea, awak ada apa-apa masalah tak dengan topik hari ni?" En.Zahidi menujukan soalan itu khas untuk Sofea. Sofea mengangguk faham. "Baiklah, masa saya sudah pun tamat.Jadi, sebelum itu saya nak bagi tau sesuatu. Saya akan buat ujian ke atas kamu semua. Ujian ini mempunyai tiga peringkat.Pertama, saya nak kamu buat assignment tentang tiga topik yang kita dah belajar. Kedua,saya nak buat ujian teori ke atas kamu. Mean dekat sini saya nak tengok cara kamu membetulkan komputer dan lain-lain yang saya dah ajar.Ketiga, saya akan buat ujian bertulis.Saya akan bagi tempoh 2 bulan untuk kamu siapkan assignment kamu sebelum cuti semester ke-2. Faham? Baik lah saya pergi dulu". Sofea mengemaskan barang-barangnya yang berselerak sebelum keluar berjumpa dengan Filza. Tiba -tiba ada sekeping kertas jatuh di bawah kerusinya. Baru dia teringat bahawa dia perlu berjumpa dengan Prof.Imran waktu rehat.Ya Allah, macam mana aku boleh lupa ni?Sofea mencapai telefon bimbitnya dan segera menelefon Filza."Assalamualaikum,Filza sorry sangat-sangat aku baru ingat yang aku ada 'date' dengan Prof. Imran, sorry sebab tak dapat temankan kau hari ni.Ok,bye" Sofea segera menutup telefon bimbitnya itu dan bergegas ke bilik Prof. Imran. Dengan keadaan yang termengah-mengah itu dia terus masuk ke dalam bilik Prof.Imran. Prof.Imran agak terkejut dengan tindakan Sofea itu matanya terbeliak."What's wrong with you?" dengan nada yang agak pelik Prof.Imran menyoal Sofea. "I'm so sorry Prof . Assalamualaikum, lupa pulak nak bagi salam tadi. Saya minta maaf mungkin Prof terkejut tapi saya takut saya terlambat ambil ujian tu sebab tu saya jadi macam ni." Ujar Sofea lembut.
No comments:
Post a Comment