"Apa? awak nak kata kita bukan mahram? baik saya lepaskan awak." Riz memalingkan badan ke belakang.
"Sofea, saya cuma nak kenal awak ...kenapa awak susah sangat nak terima salam perkenalan dari saya?" sambil memusing ke arah Sofea. Sofea hanya tunduk ke bawah. "Sofea, tolong pandang saya. Sofea,"
Sofea mengangkat mukanya "Apa muslihat awak nak kenal saya?"
"Muslihat? Awak ingat saya musang ke apa ha? Hei, saya ni bukanlah kaki perempuan ,kalau saya nak mainkan awak sekali pun dah lama saya pancing awak tau tak?"
"pang" penampar sulung di muka Sofea hinggap di pipi Riz."Jangan sombong kalau nak berkenalan." Sofea berlalu meninggalkan Riz. "Hei! Sofea!"Ish kenapa aku cakap macam itu dekat dia?Riz menghentakkan kaki.
__________________________________________________________________________________
Kereta Porsche milik Riz meluncur laju di jalan raya sambil mendengar lagu Tiga Kata dari kumpulan KRU mulutnya turut menyanyi sekali tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Riz segera memasang earphone. "Hello Riz, Riz dekat mana sayang?I miss u so much. Kita jumpa nak?" Suara Linda yang lunak itu membuatkan Riz meluat. "I tidak ada masa lah nak jumpa you. You datanglah rumah I. I baru balik kuliah ni.Ok bye" Riz terus menutup telefon bimbitnya.
"Bibik! buka pintu! Ini Riz."
Bibik Ati kelam kabut membuka pintu"Kok enggak ada salamnya pak?"
"Assalamualaikum, Bik Ati mama dah balik belum?"
"Gitu dong, Nyonya Lisa belum pulang dari sore tadi.Bibik juga risau.Kamu ada nelefon dia?"
"Dah telefon tapi asyik voicemail saja.Bosan."
"Tidak mengapa, kamu duduk dulu ya, Bik Ati bikinin airnya."
Riz duduk di sofa. Dia meletakkan tangan di atas kepalanya tak sempat dia hendak berehat tiba-tiba ada orang mengetuk pintu. Terpaksalah dia membuka kerana Bik Ati berada di dapur. Riz membuka pintu rumahnya alangkah terkejutnya dia apabila melihat Linda di luar rumahnya."Hye sayang."Linda memberi kata manis kepada Riz sambil memeluknya."Kenapa u datang?"
"U ni kan, tak nak jemput I masuk ke?"
"Ok, masuklah tapi sebelum itu lepaskan leher I. I rimas lah."
"Ish U ni, kenapa rumah u kosong saja? Mana uncle Herman dengan aunty Lisa?"
"Diorang tak balik lagi. Sibuk sangat dengan kerja"
Bibik Ati keluar dari dapur sambil membawa segelas air untuk Riz.
"Ekhem, untuk Riz sahaja?Saya punya mana?" Linda menjeling Bik Ati.
Riz memberi isyarat supaya Bik Ati mengikut sahaja cakap Linda."Ermm..u, bila kita nak kahwin ni?"
Riz terkejut."Kahwin?Siapa yang nak kahwin dengan u?"
"Ish, u ni tak baiklah macam tu. I sirius ni." Dengan nada manja Linda memujuk Riz.
"Helloo! I'm serious too ok. Saya tak nak kahwin dengan awak lah"
"tapi mama awak dah janji dengan saya."
"Itu mama! bukan I.Faham!U pergilah balik,nanti orang cakap apa pula.I penat. I naik dulu."
Best regards,
aiman nabilah
tel.:0332137854
fax:
aimannabilah17@gmail.com
http://aiman-nabilahsufi97.blogspot.com/
tel.:0332137854
fax:
aimannabilah17@gmail.com
http://aiman-nabilahsufi97.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment